Kerajaan Beri Peruntukan Untuk Pelbagai Rumah Ibadat

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T. Murugiah berkata sejumlah besar peruntukan disalurkan untuk pembinaan rumah ibadat agama lain tetapi ia tidak dihebahkan.

Katanya pihak kerajaan tidak membesar-besarkan isu peruntukan untuk memenangi hati mana-mana penganut agama.

"Kita memberi setiap orang, tidak ada agama yang dianaktirikan walaupun kita telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi di negara kita, tetapi kepentingan agama lain pun diambil kira dan setiap kali peruntukan pun memang untuk kuil disalurkan melalui MIC," katanya kepada pemberita selepas menutup Kolokium Sekretariat Rukun Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu perbezaan peruntukan rumah ibadat Islam dan bukan Islam yang ditimbulkan oleh Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.

"Dia tak nampak yang kuil India pun kita bagi, gereja pun kita bagi, tokong Cina pun kita bagi tetapi dia tak nampak, dia nampak kita bagi masjid," kata Murugiah.

Beliau berkata dalam Barisan Nasional pun terdapat Menteri dan Timbalan Menteri yang memohon dari kerajaan untuk membina rumah ibadat untuk penganut agama masing-masing.

"Saya minta semua orang supaya akur dengan perlembagaan. Jangan kita nak jadi jaguh kampung dengan kita mengungkitkan isu-isu yang boleh menyakitkan hati kaum lain, agama lain," katanya.

Sikap inilah yang akan menyebabkan negara ini terjebak dalam pelbagai masalah, katanya.

Sepatutnya sebagai rakyat, mereka perlu memahami apa yang termaktub dalam perlembagaan dan tidak perlu mempertikaikan kontrak sosial yang sudah wujud sejak sekian lama, katanya.

"Ini yang kita tidak faham, benda-benda ini sudah pun dipersetujui dari awal-awal lagi, semua orang kena akur pada perlembagaan, jangan kita sebagai parti pembangkang boleh buka mulut dan tanya macam-macam soalan yang boleh mengelirukan kaum lain dan menyakiti kaum lain," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan