Kadar Kematian Bayi Di Malaysia Rendah

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELI: Malaysia merupakan antara negara membangun yang menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat dengan antara lain berjaya mengurangkan kadar kematian bayi yang baru dilahirkan iaitu bagi setiap 1,000 kelahiran bayi hanya lima kematian yang direkodkan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kedudukan negara dalam mutu perkhidmatan kesihatan di dunia kini berada di bawah sedikit daripada Amerika Syarikat.

"Perkhidmatan kesihatan di negara kita kepada rakyat sudah banyak berubah. Mutu perkhidmatan kesihatan kita sudah setaraf dengan negara maju.

"Kalau dulu seperti di Jeli dalam era 50-an, jika satu keluarga melahirkan 10 orang anak, hanya lima hidup manakala lima lagi disimpan (mati).

"Sekarang negara mencatatkan setiap 1,000 bayi dilahirkan hanya lima kematian sahaja," katanya yang juga Anggota Parlimen Jeli semasa merasmikan sistem komunikasi hospital Kelantan dan penyerahan 35 buah kenderaan untuk Jabatan Kesihatan Kelantan bernilai RM6 juta, di sini hari ini.

Beliau berkata penambahbaikan dan perubahan mutu kesihatan negara kepada rakyat adalah bukti keperihatinan dan kecaknaan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik.

Mengenai peruntukan perkhidmatan kesihatan untuk Kelantan, beliau berkata Kelantan menerima RM327 juta daripada kerajaan pusat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan sebanyak RM30 juta dalam pakej rangsangan ekonomi.

Beliau berkata tumpuan kerajaan kini adalah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik untuk kawasan pedalaman di Kelantan.

Mengenai penilaian prestasi menteri-menteri Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok di bawah Prestasi Petunjuk Utama (KPI), Mustapa berkata ia menunjukkan betapa seriusnya Najib terhadap tanggunjawab kepada negara.

"Sebelum ini tiada siapa yang menilai prestasi menteri dan inilah kali pertama menteri dinilai.

"Ini langkah terbaik untuk pastikan semua menteri buat kerja," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan