Jangan Pertikai Kenapa Ramai Bumiputera di IPTA - Dr Mahathir

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena Jubli Perak di sebuah hotel di sini, hari ini. Ketika mengadakan sidang akhbar beliau berkata hak membangunkan lapangan minyak yang diperolehi oleh Petronas di Iraq adalah sesuatu perkembangan yang baik.-Foto BERNAMA.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena Jubli Perak di sebuah hotel di sini, hari ini. Ketika mengadakan sidang akhbar beliau berkata hak membangunkan lapangan minyak yang diperolehi oleh Petronas di Iraq adalah sesuatu perkembangan yang baik.-Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, peluang memasuki universiti awam yang diberikan kepada lebih ramai kaum Bumiputera berbanding kaum lain di negara ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, adalah tidak adil untuk melabelkan kerajaan mengamalkan sifat perkauman dan meminggirkan kaum-kaum lain.

"Peluang kepada lebih ramai Bumiputera berbanding kaum lain adalah bagi memastikan keseimbangan pembangunan kaum agar mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan yang akan hanya memberikan pelbagai kesan negatif.

"Jumlah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kini hampir sama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kemasukan pelajar Bumiputera amat kecil iaitu hanya di sekitar 10 peratus sahaja dan selebihnya kaum-kaum lain," katanya dalam ucaptama bertajuk 'UUM 25 Years Expectation vs Reality' di Konvensyen Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) 2009 di sini pada Sabtu.

Dr Mahahtir berkata, perkara itu berlaku kerana tidak ramai kaum Bumiputera mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS disebabkan masalah kewangan yang terhad.

"Kalau kita buat banci jumlah (keseluruhan) pelajar di universiti kerajaan dan swasta... pelajar bukan Bumiputera lebih banyak dari Bumiputera. Itulah sebabnya kita beri tumpuan dan lebih banyak tempat kepada Bumiputera.

"Oleh itu, kita tidak harus berasa bersalah (semata-mata) kerana kita adakan tempat untuk Bumiputera. Kita ada hak untuk dapat kedudukan seimbang di negara ini. Kita nak hak secara berpatutan," katanya.

Konvensyen selama sehari itu diadakan sempena ulang tahun Jubli Perak UUM dihadiri oleh bekas-bekas penuntut universiti berkenaan.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Dr Mahathir yang juga bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu berkata, usaha mengangkat kedudukan kaum Bumiputera dalam arus perdana pembangunan negara bukanlah sesuatu yang keterlaluan.

Ini kerana walaupun penduduk Bumiputera hampir 60 peratus daripada jumlah penduduk tetapi kuota yang ditetapkan hanya 30 peratus sahaja.

"Ini bukan perkauman... kita hanya tuntut separuh daripada apa yang sepatutnya kita tuntut. Ini tunjukkan kita bukan perkauman. Kalau perkauman kita (sudah) tuntut 60 peratus. Malahan nak capai 30 peratus pun tidak mudah," ujarnya.

Beliau menegaskan, jika wujud ketidakseimbangan dari segi pengagihan ekonomi, mereka yang ketinggalan akan merasa benci dan iri hati dan mungkin akan bertindak liar dan perkara inilah yang mahu dielakkan kerajaan.

Katanya, tumpuan dan peluang lebih yang diberikan kepada kaum Bumiputera tidak bermakna kaum-kaum lain diketepikan.

Dr Mahathir juga berkata, adalah penting bagi kaum Bumiputera untuk memiliki pengetahuan dalam bidang pengurusan perniagaan kerana ramai daripada mereka tidak tahu menggunakan wang sebagai modal atau melabur sebaliknya hanya untuk membeli-belah.

"Kita perlu tukar pemikiran Bumiputera. Wang itu apabila dilabur memberi pulangan dan dengan itu meningkatkan kekayaan mereka.

"Biasanya mereka bila dapat wang berbelanja... kadang-kadang lebih belanja daripada wang yang ada dan ini wujudkan masalah," katanya.

Mengenai UUM, Dr Mahathir berkata hasrat penubuhan UUM sudah tercapai dan menampakkan kejayaan terutama melahirkan graduan Bumiputera dan juga kaum lain dalam bidang pengurusan tetapi usaha itu belum mencukupi.

"Masa depan UUM masih bergantung kepada percubaan untuk meningkatkan keupayaan terutama Bumiputera dalam bidang perniagaan," katanya.

Menurutnya, pelajar-pelajar dalam bidang pengurusan, kewangan dan perakaunan perlu diajar memiliki pemikiran yang betul, ketahanan kuat serta memahami selok-belok untuk menyelesaikan masalah agar dapat mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang lain.

Dr Mahathir turut berharap akan wujud 'bandar universti' di UUM, sama seperti di Universiti Cambridge dan Oxford yang terkenal dengan keunikan kawasan sekitarnya yang menjadi daya penarik kepada pelancong dalam dan luar negara.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan