Jamil Khir: Kenaikan Mas Kahwin Bukan Bebanan

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jumlah hantaran terlalu tinggi sebenarnya yang menjadi bebanan kepada bakal pengantin lelaki dan ia bukan disebabkan kenaikan kadar mas kahwin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Mej Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom.

Beliau juga berpendapat kenaikan kadar mas kahwin itu tidak menjadi faktor mengundang lebih ramai wanita tidak berkahwin atau menjadi anak dara tua.

"Jika dilihat masyarakat sekarang (mereka) lebih terarah untuk penyediaan majlis perkahwinan besar-besaran, kalau boleh semua nak hebat...(dari) kad jemputan sehinggalah ke majlis kenduri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Wanita Perdana 2009 di sini hari ini.

Jamil Khir mengulas langkah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) mengumumkan kadar baru mas kahwin di negeri itu sebanyak RM300 bermula pada tahun depan berbanding RM80 bagi anak dara dan RM40 untuk janda sejak 1978.

Beliau yakin keputusan menaikkan kadar mas kahwin itu dibuat selepas penelitian dan kajian mengenai perkara itu dilaksanakan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan