Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Digesa Beri Keutamaan Parti

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULANG PINANG: Anggota Jawatankuasa Pusat (CC) MCA digesa meletakkan parti sebagai keutamaan mereka dengan memberi laluan pada pemilihan baru, kata naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya ramai pemimpin parti akar umbi bersetuju bahawa cara paling cepat untuk menstabil dan menyelesaikan krisis parti itu ialah dengan mengadakan pemilihan baru parti.

Beliau yakin dua pertiga daripada anggota CC MCA yang dipilih akan meletakkan jawatan untuk membolehkan pemilihan parti diadakan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MCA negeri di sini hari ini.

Setakat ini beliau dan 12 anggota CC lain yang dipilih telah menandatangani surat yang tidak bertarikh untuk meletak jawatan dan berharap yang lain akan mengikuti.

"Kita tidak akan menekan seseorang untuk berbuat demikian. Saya percaya mereka akan secara sukarela meletak jawatan untuk kepentingan parti," kata beliau yang juga pengerusi MCA Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Liow berkata semua 30 anggota CC baru sahaja menerima surat peletakan jawatan yang dihantar semalam dan mereka memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan.

Beliau berkata pemilihan hanya boleh diadakan jika 21 daripada 31 anggota CC yang dipilih meletak jawatan dan mereka diberikan sekurang-kurangnya dua minggu daripada sekarang untuk memutuskan sama ada meletak jawatan atau tidak.

"Saya fikir dalam masa 14 hari akan datang, kita boleh buat keputusan mengenai pemilihan baru parti," katanya.

Di bawah perlembagaan MCA, pemilihan baru mestilah diadakan dalam masa 30 hari selepas dua pertiga atau lebih anggota CC yang dipilih meletak jawatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan