Agong Selamat Pulang Dari Munich

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selamat pulang ke tanah air hari ini selepas mendapat rawatan di Munich, Jerman sejak 30 November lepas.

Keberangkatan pulang Seri Paduka pada 11 pagi ini diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta dua anakanda baginda.

Menurut kenyataan Istana Negara, keadaan Tuanku Mizan dilaporkan sangat baik selepas mendapat rawatan di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Der Technisten Universitat Munchen.

Bagaimanapun, Seri Paduka dinasihatkan supaya terus beristirehat daripada menjalankan tugas-tugas rasmi dalam jangka waktu yang terdekat ini.

Tuanku Mizan turut menzahirkan penghargaan kepada semua rakyat yang telah mendoakan keselamatan baginda. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan