Wanita Diberi 30 Peratus Daripada 3,000 Lesen Teksi Individu - Berita Semasa | mStar

Wanita Diberi 30 Peratus Daripada 3,000 Lesen Teksi Individu

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wanita diperuntukkan 30 peratus daripada 3,000 lesen teksi individu yang akan diberi kepada pemohon di kawasan Lembah Klang bagi menggalakkan mereka menceburi kerjaya sebagai pengusaha teksi.

Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata penambahan lesen teksi individu itu adalah selaras dengan pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai lepas sempena genap 100 hari menjadi Perdana Menteri.

LPKP bersetuju supaya penambahan lesen teksi individu diberi kepada pemohon di kawasan Lembah Klang memandangkan lesen teksi individu di Pulau Pinang dan Melaka serta lesen kereta sewa di negeri lain tertakluk kepada keperluan kuota sedia ada di kawasan berkenaan.

Bagi kawasan Johor Baharu pula, keperluan lesen telah melebihi kuota,katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Halimah berkata permohonan teksi individu dibuka kepada rakyat Malaysia yang berumur tidak lebih daripada 60 tahun dan keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai pengalaman memandu teksi sekurang-kurangnya lima tahun.

Tarikh tutup penerimaan borang permohonan adalah pada 31 Disember ini, katanya.

Beliau berkata LPKP juga memutuskan permohonan lesen baru kenderaan perkhidmatan awam teksi bandar (bajet) dan kereta sewa individu di seluruh Semenanjung akan ditutup mulai 1 Januari 2010. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan