UK Mungkin Kenakan Visa Ke Atas Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia semalam menegaskan, tindakan segelintir rakyat Malaysia melanggari undang-undang imigresen di luar negara khususnya United Kingdom akan menyebabkan negara berkenaan mengenakan visa kepada pemegang pasport Malaysia.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, kesilapan beberapa warganegara Malaysia di United Kingdom misalnya tinggal melebihi daripada had yang dibenarkan kini telah menyebabkan British Home Office sedang menimbang untuk mengenakan syarat visa ke atas pemegang pasport Malaysia.

"Walaupun demikian, Kerajaan Malaysia sedang berbincang untuk mengugurkan perkara ini dengan pihak berkenaan (United Kingdom)," katanya.

Beliau mengingatkan, tinggal lebih masa adalah satu kesalahan di bawah Undang-Undang Imigresen bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara seperti United Kingdom.

Tegas Abdul Rahman, Jabatan Imigresen memandang serius warganegara Malaysia yang melakukan kesalahan imigresen di luar negara.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua warganegara agar menghormati undang-undang negara yang mereka lawati sebagaimana kita mahu warga asing menghormati undang-undang Malaysia," kata beliau.

Buat masa ini, amalan di kalangan negara anggota komanwel ialah tidak mengenakan visa lawatan sosial ke atas warganegara komanwel.

Kebiasaannya tempoh lawatan yang dibenarkan ialah di antara tiga hingga enam bulan dengan kebenaran lawatan dilulus serta-merta di pintu masuk imigresen.

Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia, Fatine Min Bahari yang mendakwa dirinya khunsa telah mencetuskan kontroversi apabila dia tinggal melebihi masa yang dibenarkan di United Kingdom selepas menikahi seorang jejaka British secara sivil.

Perkahwinannya itu telah mendapat liputan meluas akhbar-akhbar tabloid di sana kerana dia telah menyatakan rasa bimbangnya untuk kembali di tanahair atas alasan dia mungkin akan didakwa oleh Jabatan Imigresen kerana telah melanggari syarat-syarat pas lawatan ke negara asing.

Fatine turut berhadapan dengan kemungkinan didakwa oleh jabatan agama Islam kerana menikahi seorang lelaki sedangkan dia sendiri dilahirkan sebagai seorang lelaki.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan