Perkeso Serah RM1,500 Untuk Urus Jenazah Mangsa Ragut

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mangsa ragut Noriha Abdul Rahman hari ini menerima cek bernilai RM1,500 dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk pengurusan jenazah suaminya, Abdul Rahman Mohd Khadla'din, yang terbunuh dalam kejadian itu Isnin lepas.

Timbalan Ketua Eksekutif Perkeso Aleyes Meh berkata selain daripada bantuan pengurusan jenazah, Noriha, 34, dan anak perempuannya, Zalifah Qistina, 1 tahun, berhak menerima pencen penakat sebanyak RM350 sebulan dari pertubuhan itu.

"Jumlah RM350 itu akan dibahagikan di antara Noriha yang akan menerima pencen penakat itu sepanjang hayat dan anaknya mengikut jumlah ditetapkan oleh Perkeso," kata Aleyes kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Noriha di Hospital Kuala Lumpur di sini.

Menurutnya Zalifah Qistina pula akan menerima pencen penakat itu sehingga mencapai umur 21 tahun dan jika meneruskan pengajian ke unversiti tempatan selepas usia itu kelak.

Beliau berkata Perkeso juga berhubung dengan majikan allahyarham Abdul Rahman, East West Venture Sdn Bhd, untuk memastikan jika beliau mempunyai pendapatan lain selain menerima gaji bulanan RM650 sebulan.

"Perkeso akan mengkaji semula jumlah bantuan pencen penakat pada masa depan yang akan diterima Noriha dan anaknya sekiranya suaminya mempunyai sumber-sumber pendapatan lain seperti kerja lebih masa, elaun dan sebagainya dengan majikannya," kata Aleyes.

Dalam kejadian itu, Abdul Rahman, 34, meninggal dunia manakala Noriha cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh tembok sebuah rumah apabila hilang kawalan setelah menjadi mangsa ragut dua lelaki di Taman Maluri di sini.

Sementara itu, Noriha mengucapkan terima kasih kepada pihak polis, orang ramai dan media yang membantu beliau semasa dan selepas kejadian ragut itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan