Mahfuz Tidak Tersinggung Dengan Nik Aziz

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau tidak tersinggung dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan tindakannya mencungkil isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai hanya memberi peluang kepada UMNO 'berpesta'.

Beliau juga tetap dengan pendirian mahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, yang juga menantu Nik Abdul Aziz, melepaskan jawatannya dengan segera.

"Saya kira tak sulit untuk melepaskan jawatan ini, kalau kita rujuk Seksyen 12 Akta Perkerjaan 1955 menerangkan bagaimana kita nak menamatkan kontrak dan pihak majikan Ariff boleh menggunakannya untuk beri tiga bulan gaji kepada dia untuk terus berundur," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz menyifatkan tindakan Mahfuz meminta Abdul Ariffahmi melepaskan jawatannya dengan segera bukannya menunggu sehingga Mac tahun depan sebagai satu kesilapan dan hanya memberi peluang kepada UMNO untuk 'berpesta'. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan