Kabin Ganti Kelas Terbakar Di SMK Bukit Rambai

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sebanyak empat kabin akan disediakan bagi menggantikan sementara enam kelas di tingkat tiga blok A Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai di sini, yang musnah dalam kebakaran semalam.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata setiap kabin itu menempatkan dua kelas akan disediakan segera dalam tempoh seminggu agar sesi baru persekolahan Januari ini berjalan lancar.

"Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah padat pelajar dimana 2,000 pelajar akan memulakan sesi baru Januari depan," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah berkenaan hari ini.

Dalam kejadian pukul 11 pagi semalam, kesemua enam kelas di tingkat tiga blok A sekolah itu musnah dalam kebakaran yang dipercayai bermula dari sebuah stor di tingkat berkenaan.

Dr Mohd Puad berkata kebakaran itu tidak menjejaskan 115 pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berakhir pada 15 Disember ini kerana mereka di tempatkan di blok lain sekolah itu.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diminta membuat pemeriksaan terperinci terhadap bangunan berkenaan bagi menentukan samada ia selamat untuk digunakan.

Beliau yang belum menerima laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas dan bukan sabotaj. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan