Hormati Kedudukan Islam Sebagai Agama Persekutuan - Pemuda PAS

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat meminta semua pihak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan pada masa sama umat Islam menghormati hak-hak beragama semua rakyat negara ini.

Setiausahanya Kamaruzaman Muhamad berkata Pemuda PAS mengambil berat isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

Justeru, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang mempersoalkan perbelanjaan kerajaan membina masjid dan mendesak kerajaan memberi peruntukan lebih besar kepada rumah ibadat bukan Islam.

"Kami mengharapkan masyarakat bertenang agar tidak menimbulkan sebarang konflik agama dan perkauman sehinggalah penjelasan dan penerangan sebenar daripada Yang Berhormat Nga terhadap isu ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kamaruzaman berkata pihaknya memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Nga berhubung perkara itu kerana Pemuda PAS amat menghormati kebebasan beragama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan selaras dengan prinsip kebebasan beragama yang dipegang Islam.

"Pemuda PAS yakin prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan akan menghasilkan warganegara yang baik melalui pegangan agama yang mantap," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan