Bekas Pelumba Basikal Negara Dijatuhi Hukuman Mati Edar Dadah

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang bekas pelumba basikal negara selepas mendapatinya bersalah mengedar ganja seberat 4,477 gram (g) pada tahun 2006.

Ramli Kasron yang berasal dari Batu Pahat didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia tenang semasa Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmadi Asnawi menjatuhkan hukuman tersebut.

Ahmadi berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes itu tanpa sebarang keraguan sementara pihak pembela hanya berjaya menyediakan penafian yang sedikit.

Bagaimanapun, katanya, Ramli masih mempunyai ruang untuk membuat rayuan walaupun mahkamah mendapati dia bersalah sekali gus dijatuhi hukuman mati.

Ramli yang mewakili negara di Sukan SEA Manila pada tahun 1991 dan menyertai beberapa acara berbasikal peringkat kebangsaan ditangkap di plaza tol Air Hitam pada 19 April 2006.

Menurut fakta kes, dia ditemui bersama 4,477 g ganja atau kanabis di tempat duduk belakang keretanya semasa polis menahannya kira-kira 6.45 petang.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan