Skandal PKFZ: Lebih Ramai Akan Didakwa - Gani Patail

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lebih ramai individu termasuk 'jerung' akan didakwa di mahkamah berhubung projek kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya seorang lagi individu akan didakwa berkaitan dengan kes itu Isnin ini.

"Itu tidak bermakna hanya empat orang sahaja didakwa....siasatan itu sudah pasti akan berterusan dan ini hanya permulaan sahaja," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar tersebut ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed.

Pada sebelah petang tadi, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C.Phang didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, dekat sini, atas tiga tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM254.8 juta berhubung projek PKFZ.

Selain Phang, turut didakwa ialah Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd, Stephen Abok, dan seorang arkitek, Bernard Tan Seng Swee, atas dua pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan jumlah RM5.417 juta.

Tan turut didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, membuat tuntutan palsu bernilai RM122.267 juta. Abdul Gani berkata terdapat banyak isu yang terlibat secara perundangan dan fakta di mana ia bukan sahaja rumit tetapi memerlukan masa dan tenaga untuk mengumpul bukti dan keterangan.

Ditanya sama ada siasatan itu melibatkan 'jerung' dan 'bilis', Abdul Gani berkata dalam hal ini semua orang yang terbabit adalah 'jerung'.

"Jadi semua orang telah disiasat termasuk ahli politik, peguam dan pegawai kerajaan," katanya tanpa memperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai bilangan orang yang disiasat.

Katanya kesalahan lain yang disiasat berkaitan skandal PKFZ termasuk penggubalan wang haram, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan