Terengganu Diisytihar Bebas Wabak Taun

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terengganu, yang dilanda taun sejak 11 November lepas, kini diisytihar bebas daripada wabak itu setelah tiada kes baru dilaporkan sejak dua minggu lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican hari ini berkata sejak wabak itu dikesan di negeri itu bulan lepas, sebanyak 187 kes dikesan dengan satu kematian dilaporkan.

"Walaupun wabak ini telah tamat, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan terus melaksanakan tindakan kawalan, pencegahan dan pengawasan bagi menggelak ia berulang," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr Ismail berkata siasatan mendapati jangkitan taun di Terengganu berlaku kerana kerana pengendali makanan dan orang ramai kurang mengambil berat tentang penjagaan kebersihan diri dan amalan pengendalian makanan yang selamat. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan