Modul BTN Sedia Ada Perlu Elemen 1Malaysia - Mohd Puad

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat modul Biro Tata Negara (BTN) sedia ada tidak perlu dirombak sebaliknya memerlukan suntikan elemen 1Malaysia bagi memantapkan modul itu.

Beliau berkata dengan adanya elemen 1Malaysia dalam modul itu, ia dapat menerapkan semangat tulen gagasan itu, yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan sekaligus membawa kebaikan kepada rakyat.

"Jika kita lihat semula gagasan tersebut, ia membawa banyak kebaikan kepada rakyat seperti mengurangkan jenayah sehingga 20 peratus, memperbaiki sistem pengangkutan awam supaya lebih efisien dan meningkatkan kualiti pendidikan, semuanya untuk rakyat, inilah yang kita mahu rakyat faham," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Satu Asia, Belia dan Media Sosial: Kerjasama Dalam Talian dan Masa Depan Asia di sini, hari ini.

Beliau mengulas pendapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengatakan kurikulum BTN akan dirombak bagi mencerminkan gagasan 1Malaysia.

Dalam pada itu, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Mohamed Nazri yang melabel bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis kerana mempertahankan modul BTN.

"Saya tidak bersetujulah dengan beliau (Mohamed Nazri) dan ini tidak adil dengan mengatakan Tun Mahathir bersikap sedemikian hanya kerana beliau mempertahankan modul tersebut.

"Lagipun selama 22 tahun pemerintahannya, beliau disegani oleh segenap lapisan masyarkat dan mempunyai pengikut yang ramai termasuk di kalangan golongan muda," katanya.

Sementara itu mengenai kuasa ambil dan pecat yang bakal diberikan kepada guru besar dan pengetua sekolah dalam memenuhi aspirasi kecemerlangan sesebuah sekolah, Mohd Puad menjelaskan guru yang dipecat, bukan bermaksud mereka akan hilang pekerjaan sebaliknya akan ditukarkan ke sekolah lain.

Semalam, beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa sistem pendidikan akan mempertimbangkan untuk memberi kuasa kepada pengetua atau guru besar untuk memecat dan mengambil guru yang berdedikasi untuk membantu mereka menjadikan sekolah mereka sekolah cemerlang.

Forum selama empat hari bermula semalam itu dianjurkan oleh Majlis Belia Asia dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia, Institut Pembangunan Minda (INMIND) dan Kerjasama Komiti Belia Asia (CAYC) dan dihadiri wakil belia dari 23 negara Asia Pasifik. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan