MB Jamin Laporan Tanah Runtuh Bt Antarabangsa Tak Akan Dipolitikkan

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin laporan siasatan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada Disember tahun lepas tidak akan dipolitikkan.

Menurut beliau, pendedahan laporan berkenaan bukan untuk menuding jari dengan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kejadian malang tersebut.

"Kita mahu memberi maklumat kepada mereka yang terlibat serta kepada keseluruhan rakyat supaya kita sama-sama belajar daripada kejadian tersebut dan cari jalan mengatasi masalah ini.

"Ia bukanlah bertujuan untuk mencerca sesiapa tapi untuk buat analisa dari sudut kejuruteraan untuk mencari jawapan mengapa dan bagaimana perkara ini berlaku.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan Pusat (kerana dedahkan), saya yakin perkara ini tidak dipengaruhi oleh sistem birokrasi dan ia juga tidak akan dipolitikkan," katanya ketika ditemui media selepas majlis pelancaran buku 'Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21' tulisan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keputusan kerajaan Pusat meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk mendedahkan laporan tersebut kepada orang-ramai.

Semalam, salinan laporan berkenaan telah dijual kepada umum di MPAJ.

Pada 25 November lalu, MPAJ menulis surat kepada Kementerian Kerja Raya bagi memohon laporan mengenai kejadian tanah runtuh di kawasan terbabit tidak lagi diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Permohonan itu dibuat MPAJ selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) menyerahkan laporan teknikal berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, yang kemudian mahu ia didedahkan kepada orang-ramai.

Dalam tragedi awal pagi 6 Disember tahun lepas, lima orang terkorban, manakala 14 banglo musnah.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan hasil laporan tersebut, beliau berkata: "Laporan ini masih lagi diperbincangkan, tapi inilah laporan daripada mereka yang profesional."

Selain itu menurut Abdul Khalid, kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan di antara MPAJ dan penduduk Bukit Antarabangsa pada Januari tahun depan.

"Kita akan adakan perjumpaan dengan penduduk serta beberapa pakar pada awal Januari depan bagi membincangkan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak berlaku lagi.

"Malah kita juga akan membincangkan apakah usaha yang boleh dibuat untuk mengurangkan beban mereka yang menghadapinya," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan