Mahfuz Pertahan Cadangan Demi Kebaikan PAS-Nik Aziz

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempertahankan cadangannya yang mahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) Abdul Ariffahmi Ab Rahman, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan, segera melepaskan jawatannya demi kebaikan parti.

Mahfuz berkata saranannya itu bukan bermakna beliau mahu mengajar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebaliknya dilakukan demi cinta dan sayangnya terhadap parti serta Mursyidul Am PAS.

"Tidak... (cadangan) bukan hendak mengajar sesiapa, ia satu pandangan saya kerana saya sayang pada Tok Guru (Nik Aziz)... kerana saya tidak mahu ada pihak mencerca Tok Guru atas isu ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Bagi meredakan polemik itu, Mahfuz berkata pengunduran segera Ariffahmi adalah tindakan paling tepat.

Isnin lepas, Mahfuz dalam kenyataannya menyebut adalah perlu bagi Nik Aziz selaku Penasihat PMBK, berbincang dengan ahli Lembaga Penasihat perbadanan itu supaya perkhidmatan Ariffahmi ditamatkan segera dengan dibayar sebulan gaji, tanpa memerlukan tamat notis tiga bulan.

Anggota Parlimen Pokok Sena itu berkata tindakan Ariffahmi menghantar notis tiga bulan kepada perbadanan itu boleh menimbulkan kontroversi dan digunakan sebagai senjata untuk mencemuh Nik Aziz dan parti oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun cadangan Mahfuz itu mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak dan menyifatkan Naib Presiden PAS itu cuba mengajar Nik Aziz dalam isu berkenaan.

Cadangan itu juga dilihat sebagai satu tekanan baru kepada Ariffahmi dan Nik Aziz.

Mahfuz berkata beliau tidak mahu melihat Nik Aziz terus dikecam kerana ia bukan saja mencemarkan imej Menteri Besar itu sebagai seorang Tok Guru, malah secara tidak langsung turut memberi kesan kepada parti.

"Lagi panjang (lama), lagi banyak fitnah dan kecaman. Saya sayang sangat Tok Guru... kecaman kepada Tok Guru akan memberi kesan pada PAS," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan