Hanya 50 Naskhah Buku Laporan Tanah Runtuh di Bt Antarabangsa Sahaja Dijual

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesemua salinan buku laporan siasatan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada Disember tahun lepas habis dijual sebaik sahaja ia dibuka kepada orang ramai.

Hanya 50 naskhah buku sahaja yang disediakan untuk dimiliki oleh orang-ramai hari ini.

Buku laporan itu dijual di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam selepas menerima surat kebenaran rasmi yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Nasir Mat Dam awal pagi tadi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri menyedari bahawa jumlah berkenaan tidak mencukupi dan akan berusaha untuk menambah jumlahnya.

"Boleh jadi tak cukup buku (laporan) itu, tapi akan diusahakan supaya salinannya boleh ada (dijual) esok dan (hari-hari) seterusnya," katanya kepada media selepas majlis pelancaran buku 'Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21' tulisan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai salinan laporan tragedi berkenaan yang dijual kepada orang-ramai di MPAJ hari ini.

Kelmarin, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor mengumumkan bahawa kabinet bersetuju untuk mendedahkan laporan tersebut yang disediakan oleh JKR kepada orang-ramai.

Pada 25 November lalu, MPAJ menulis surat kepada Kementerian Kerja Raya bagi memohon laporan mengenai kejadian tanah runtuh di kawasan terbabit tidak lagi diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Permohonan itu dibuat MPAJ selepas JKR menyerahkan laporan teknikal berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Dalam tragedi awal pagi 6 Disember tahun lepas lima orang terkorban, manakala 14 banglo ranap akibat tanah runtuh selepas hujan lebat melanda Ulu Klang sepanjang malam itu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan