Cinta Lombok: Pulang Ke Tanah Air Setelah 12 Tahun

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETELAH 12 tahun meniggalkan negara kerana mengikut kekasih hati yang berasal dari Lombok, kini suaminya Nurzuliyani Alias, 29 (empat, kiri) bergambar dengan kedua ibu-bapanya di Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di sini,semalam. Turut hadir (kiri) Adun Hulu Besut Nawi Mohammad dan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Datuk Muhd Khairun Aseh (dua, kiri).-Foto BERNAMA.
SETELAH 12 tahun meniggalkan negara kerana mengikut kekasih hati yang berasal dari Lombok, kini suaminya Nurzuliyani Alias, 29 (empat, kiri) bergambar dengan kedua ibu-bapanya di Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di sini,semalam. Turut hadir (kiri) Adun Hulu Besut Nawi Mohammad dan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Datuk Muhd Khairun Aseh (dua, kiri).-Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Setelah 12 tahun meninggalkan negara kerana mengikut kekasih hati yang berasal dari Lombok, Indonesia yang kini suaminya, Nurzuliyani Alias akhirnya pulang ke tanah air semalam.

Ketibaannya di pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno di Jalan Dutamas di sini pada 6 petang tadi bersama tiga anaknya, Intan Anatasya, 4, Hendri Febian, 7, dan Firman Anadi, 10, disambut dengan linangan air mata oleh anggota keluarganya.

Alias Bidin, 58, dan Norhayati Abas, 48, dilihat menerpa dan memeluk anak sulung mereka itu sejurus Nurzuliyani tiba di pejabat biro itu.

Nurzuliyani, 29, yang merupakan warga Malaysia paling lama dilarikan ke Lombok, tidak ditemani suaminya, Mahrudin Ahmad, 35, ketika ditemu bual media di sini dan hanya mampu berbicara dalam bahasa Indonesia.

Beliau memberitahu bahagia dengan kehidupannya di wilayah itu dan suaminya melayaninya dengan baik sekali.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata setelah 12 tahun Nurzuliyani terpisah dengan ahli keluarga akhirnya beliau kini kembali ke tanah air dengan kerjasama berbagai pihak daripada Malaysia dan Indonesia.

"Alhamdulillah, hari ini merupakan hari yang sangat bermakna, hiba dan juga gembira, hiba kerana setelah 12 tahun terpisah hari ini biro aduan dengan kerjasama Nawi Mohammad (Adun Hulu Besut, Terengganu), Wisma Putra, dan Kantor Imigrasi Indonesia, kita telah berjaya menyelesaikan satu lagi kes remaja yang dilarikan ke Lombok.

Beliau berkata Biro Aduan Komuniti telah pun berunding selama beberapa minggu dengan pihak berkuasa Indonesia kerana Nurzuliyani telah memasuki Indonesia secara tidah sah.

Bagaimanapun, beliau berkata atas perhubungan yang baik MalaysiaIndonesia dan melalui proses rundingan yang telah dijalankan, Nurzuliyani akhirnya dibenarkan pulang ke tanah air secara sah oleh Indonesia tanpa dikenakan apaapa tindakan. Sementara itu, Norhayati ketika ditemui Bernama berkata beliau mahu anak dan cucunya itu terus tinggal di Malaysia dan beliau tidak akan sesekali menghalang jika mereka mahu pulang ke Indonesia melawat keluarga di sana.

"Saya mahu biarlah dia dan anakanaknya tinggal di sini bersama kami, susah senang dia biarlah di sini, makcik harap sangat dapat jaga mereka kat sini," katanya lagi.

Alias Bidin pula ketika ditemui berkata beliau tidak mahu memanjangkan lagi hal tersebut dan menganggap apa yang berlaku hanya suratan takdir.

Alias juga berkata beliau sesekali tidak menyimpan dendam dengan menantunya itu yang melarikan anaknya ke Lombok.

"Dah kalau mereka suka sama suka nak buat macam mana lagi, tapi pakcik harap sangatlah kalau waktu dulu dia (Mahrudin Ahmad) beritahu pakcik tentang hasratnya nak kahwin dengan Nurzuliyani," katanya lagi. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan