TPM Tidak Puas Hati Tahap Keupayaan Mengeksport Proton

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak berpuas hati dengan tahap keupayaan Proton untuk mengeksport kenderaan keluarannya. Sehubungan itu, katanya Proton perlu lebih kompetitif dan meningkatkan eksportnya keluar di peringkat serantau dan antarabangsa.

"Memang, setakat hari ini, saya sendiri tidak berpuas hati dengan eksport Proton," katanya dalam satu sesi soal jawab dengan pelajar dan warganegara Malaysia yang bekerja di Jepun.

Muhyiddin kini sedang dalam satu misi perdagangan dan pelaburan khas ke Jepun dari 7 hingga 10 Disember, 2009.

Walau pun Proton telah diberi sokongan, katanya, syarikat tersebut perlu meningkatkan keupayaan sendiri dan tidak boleh selamalamanya bergantung kepada keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan.

"Sepatutnya mereka sudah mampu bersaing bukan sahaja di dalam negara, malah ke peringkat antarabangsa, terutamanya dalam soal eksport," katanya.

Menurut Muhyiddin, Proton juga wajar mendapat rakan yang boleh bekerja dengan strategik.

"Mereka patut lebih tahu," katanya apabila ditanya sama ada kerajaan akan mencari rakan strategik untuk syarikat pembuat kereta nasional itu.

Sementara itu, Proton kini menguasai 31 peratus pasaran kereta tempatan.

Pada tahun kewangan 20082009, Proton dilaporkan menjual 108,405 unit kereta Proton di pasaran tempatan dan hanya mengeksport 18,426 unit. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan