Tokuyama Akan Melabur RM12.5 Bilion Di Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Pengeluar silikon Jepun, Tokuyama Corporation, akan melabur RM12.5 bilion di dalam satu tempoh masa untuk mengeluarkan komponen sel solar di Taman Perindustri Samalaju di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

"RM5.5 bilion diperuntukkan bagi pelaburan 10 tahun pertama dengan tambahan RM7 bilion bagi tempoh 10 hingga 15 tahun lagi," katanya selepas pertemuan dengan para pegawai tinggi syarikat itu di sini.

Muhyiddin, yang sedang dalam misi pelaburan dan perdagangan khas ke Jepun dari dari 710 Disember, berkata pelaburan Tokuyama itu telah diluluskan pada 2008 dan kerajaan Sarawak telah mengenal pasti satu lokasi projek itu.

Kilang itu, yang akan mengeluarkan polihabluran silikon bagi sel solar, dijangka memulakan operasi pada 2011. Muhyiddin berkata projek itu dijangka menyumbang RM19 bilion kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi tempoh tersebut.

Sementara itu, Tokuyama, telah membekalkan ramuan kepada pengeluar wafer, yang termasuk Sumco Corp, Renewable Energy Corp dan MEMC Electronic Materials.BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan