SPRM Siasat Projek Bernilai RM6 Juta Di Sarawak

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat sebuah projek pembangunan kerajaan persekutuan bernilai RM6 juta di Sarawak yang disyaki berlaku penyelewengan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed bagaimanapun enggan menyatakan secara terperinci jumlah, jenis dan lokasi projek itu memandangkan proses siasatan sedang dijalankan.

"Saya telah diberikan taklimat, saya dapati penyiasatan hanya bertumpu pada satu projek bernilai RM6 juta, setakat ini, kita masih siasat," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan konvensyen jawatankuasa keutuhan pengurusan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini hari ini.

Abu Kassim berkata tumpuan siasatan ialah kepada pegawai kerajaan dan kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut secara langsung.

Pengarah SPRM Sarawak Samsiah Abu Bakar yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata agak sukar untuk menyatakan bila siasatan akan selesai kerana memerlukan masa untuk mengumpul bukti kukuh.

Sebelum ini Samsiah dipetik berkata setakat ini 17 orang antaranya kontraktor dan sembilan pegawai kerajaan telah ditahan untuk membantu siasatan kes tersebut.

Dalam perkembangan lain, Abu Kassim berkata, mana-mana pihak yang memberi cadangan untuk menambahbaik SPRM perlu menggunakan saluran yang betul supaya tindakan susulan dapat diambil.

Beliau berkata, saluran yang betul ialah dengan mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada kerajaan yang menjadi pembuat dasar bagi sesuatu badan dan agensi kerajaan di negara ini.

"Kita (SPRM) hanya pelaksana undang-undang dan bukan pembuat dasar," katanya mengulas saranan Pemuda Gerakan Kedah semalam yang mahu SPRM mengumumkan hasil siasatan kes yang tidak didakwa di mahkamah bagi mengelakkan spekulasi.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata tindakan tersebut akan membuktikan SPRM telus dan menepis segala persepsi negatif yang kini menjejas imej SPRM.BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan