Sokongan Malaysia Terhadap Palestin Tidak Berubah - Pandikar Amin

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus menyuarakan sokongan terhadap Palestin walaupun isu Palestin tidak mendapat perhatian negara-negara besar, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau berkata pendirian itu memang jelas dan tidak berubah, dan Malaysia tidak gentar untuk menyuarakan pandangan itu di mana-mana sahaja termasuk di forum negara-negara Islam mahupun persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Sebagai negara Islam yang kecil, suara kita sentiasa berkumandang. Sama ada ia akan didengar oleh kuasa-kuasa besar, itu terpulang tetapi kita sememangnya tidak gentar dan gerun dalam mengemukakan pendapat sama ada di forum-forum negara Islam atau PBB. Kita sentiasa suarakan apa yang perlu disuarakan, termasuk isu di Palestin.

"Sokongan Malaysia terhadap perjuangan Palestin bukannya secara sembunyi-sembunyi. Kita memang telah lama mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat tiga Anggota Parlimen Palestin di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Delegasi itu, yang diketuai Dr Salem A. Salamah, turut disertai Ismail A.M. Alashqar dan Mushir O.K. Almassri.

Pertemuan itu turut dihadiri Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Naib Presidennya Salahuddin Ayub serta Anggota Parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad, Anggota Parlimen Kuala Krai (PAS) Dr Mohd Hatta Ramli dan Anggota Parlimen Tumpat (PAS) Datuk Kamarudin Jaafar. Pandikar Amin berkata pada pertemuan kira-kira 40 minit itu, wakil Parlimen Palestin turut mencadangkan penubuhan kumpulan persahabatan antara anggota Parlimen Palestin dan Malaysia bagi berkongsi pandangan dan maklumat tentang perkembangan kedua-dua negara.

Menurutnya perkara itu (persahabatan) sememangnya sudah menjadi dasar Malaysia dan sebagai bukti, pada tahun lepas Parlimen Malaysia telah sebulat suara menyokong usul mengutuk serangan dan pencerobohan Israel ke atas Palestin.

"Sebenarnya itu memang dasar kita. Sejak dulu lagi kita mengiktiraf Palestin dan ia tidak pernah berubah," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan