Perbendaharaan Tolak Cadangan Kecualikan Pinjaman Perumahan Petugas Sakit

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbendaharaan Malaysia tidak dapat memenuhi tuntutan Kongres Kesatuan Pekerjapekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya kerajaan mengecualikan bayaran pinjaman perumahan bagi penjawat awam yang mengalami keilatan kekal semasa dalam perkhidmatan.

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia di dalam kenyataannya menjelaskan tuntutan bagi penjawat awam yang membuat pinjaman sebelum 1 Ogos 1995 itu tidak dapat dipenuhi syarikat insurans kerana polisi insurans pada masa itu tidak meliputi keilatan kekal.

"Polisi keilatan kekal hanya mula ditawarkan oleh pengendali insurans dan takaful mulai 1 Ogos 1995 dan pinjaman perumahan selepas tarikh berkenaan sahaja layak mendapat perlindungan keilatan," demikian menurut kenyataan itu.

Pada 22 Nov lepas, CUEPACS mengemukakan cadangan supaya kerajaan dapat mengecualikan bayaran pinjaman perumahan bagi penjawat awam yang sakit sewaktu dalam perkhidmatan bagi kes pinjaman perumahan sebelum 1995.

Ini kerana berdasarkan perjanjian asal, para petugas yang membuat pinjaman sebelum tarikh berkenaan terpaksa meneruskan bayaran pinjaman kerana polisi insuran mereka hanya meliputi kematian dan kebakaran tetapi bukan hilang upaya kekal.

Pekeliling Perbendaharaan Bil 6/95 mewajibkan setiap peminjam mengambil insurans kebakaran dan gadai janji bagi menjamin kepentingan kerajaan daripada segi mendapat bayaran balik pinjaman sekiranya berlaku kematian atau kebakaran.

Perlindungan Hilang Keupayaan Kekal merupakan produk tambahan yang ditawarkan oleh syarikat insurans kepada peminjam atas initiatif syarikat sendiri berikutan wujudnya persaingan di kalangan syarikat insuran.

"Oleh yang demikian, cadangan untuk meminda pekeliling itu tidak berkaitan," menurut kenyataan itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan