Parlimen Sentiasa Dikawal Ketat Elak Ancaman Luar

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa mengetatkan kawalan keselamatan di kawasan Parlimen kerana lokasinya turut diklasifikasikan sebagai satu daripada 110 sasaran utama sebarang bentuk ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Jelaing Mersat.

"Kawasan Parlimen menjadi sasaran nombor satu dan tempat ini dikawal ketat walaupun sekali sekala ada halhal yang tidak diingini berlaku kerana ramai orang keluar masuk," katanya ketika menjawab soalan tambahan Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tan terdahulu meminta penjelasan berhubung penarafan keselamatan di kawasan Parlimen serta kemungkinan ancaman besar terhadap sasaran penting dalam negara, termasuk kemungkinan berlaku serangan berani mati.

Jelaing berkata kerajaan sentiasa meningkatkan tahap keselamatan bukan saja di lokasi yang menjadi sasaran utama, malah di 339 lokasi yang diklasifikasikan sebagai sasaran kedua.

Katanya sehingga kini kerajaan berpuas hati dengan kawalan di kawasan sasaran utama dan sasaran kedua itu.

"Bagaimanapun ada juga kejadian yang tidak diingini berlaku dan atas sebabsebab itu juga kita melaksanakan kajian bagi meningkatkan sistem kawalan termasuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan menempatkan anggota-anggota keselamatan di kawasan berkenaan," katanya.

Terdahulu menjawab soalan Hamim Samuri (BN-Ledang) Jelaing berkata kerajaan komited dalam meningkatkan langkah keselamatan di tempat-tempat yang menjadi sasaran penting di seluruh negara.

Beliau berkata sehingga hari ini tahap keselamatan sasaran penting di seluruh negara adalah terkawal dan dikawal selia oleh Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Polis Bantuan dan syarikatsyarikat kawalan keselamatan swasta.

"Di samping itu, kerajaan dari semasa ke semasa memantau sebarang bentuk ancaman ke atas manamana sasaran penting negara menerusi maklumat risikan," tambahnya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan