Muhyiddin Minta MCA Percepatkan Pemilihan Parti

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Pemimpin-pemimpin MCA perlu sepakat dan menerima pakai satu formula bagi membolehkan mereka mengadakan pemilihan baru jawatan dalam parti bagi mengelak MCA daripada kehilangan keyakinan masyrakat Cina, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Semua orang ada kepentingan sendiri tetapi yang paling utama ialah kepentingan parti," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita yang mengikuti misi perdagangan dan pelaburan selama empat hari yang beliau ketuai.

Muhyiddin berkata jika masalah dalaman MCA itu berlarutan, kesannya ialah parti itu akan kehilangan keyakinan dan kepercayaan.

Para pemimpin MCA, katanya, harus bertindak secara satu pasukan memandangkan terdapat ruang dan harapan bagi menyelesaikan kemelut parti itu.

Beliau berkata hanya dengan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi mengosongkan kerusi mereka, pemilihan baru boleh dibuat mengikut perlembagan MCA.

"Mahu tidak mahu, mereka harus berkorban supaya jumlah dua pertiga minima yang diperlukan boleh dicapai," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata semua pemimpin MCA termasuk presiden Datuk Seri Ong Tee Keat, timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai pengaruh masing masing dalam badan tertinggi MCA.

"Kalau dua pertiga sahaja pun tidak baik kerana sepertiga tidak setuju. Oleh itu, sebaik mungkin, bila berhenti, semua berhenti.

"Lepas itu, kita membolehkan perwakilan MCA menentukan masa depan MCA dan bukan pemimpin MCA sahaja (berbuat demikian)," kata Muhyiddin.

Ketika ditanya sama ada adil atau tidak bagi mereka yang tidak terlibat dengan isu itu perlu meletak jawatan, Muhyiddin berkata isunya bukan adil atau tidak.

"Kalau dengan sebab saya tidak ada masalah dan saya hendak kekal duduk, ia tidak akan boleh menyelesaikan masalah. Pemimpin yang baik akan terpilih lagi, itu adalah demokrasi dalam parti.

"Tapi kalau masing-masing berkata saya tak bersetuju dan ada pandangan berbeza, ia akan berlarutan, dan kalau tak ada pemilihan, orang akan kata masyarakat Cina hilang kepercayaan dalam MCA," kata Muhyiddin. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan