Masitah Cadang Jabatan Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Syariah Negeri

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Jabatan Penguatkuasaan Syariah dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri perlu diwujudkan bagi memantap dan memperkasakan agensi penguatkuasaan agama di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata melalui usaha itu, bilangan pegawai penguatkuasa agama akan bertambah dan menjadikan mereka satu pasukan beruniform yang mempunyai skim khusus setaraf dengan agensi penguatkuasa lain.

"Pegawai penguatkuasa agama ini amat kurang dan semakin kritikal di sesetengah negeri walaupun terdapat usaha penstrukturan semula perjawatan tetapi masih juga tidak mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia di sini malam tadi.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Buletin Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah yang antara kandungannya membincang dan mengupas isu-isu semasa berkaitan agama Islam yang menimbulkan kontroversi.

Kini terdapat 1,114 pegawai penguatkuasa agama dan 440 pendakwa syarie di seluruh negara.

Terdahulu semasa berucap, Mashitah berkata program penjelasan mengenai kesalahan jenayah syariah akan memfokuskan kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi kerana golongan itu sering terdedah kepada gejala kurang sihat.

Beliau berharap penyeragaman undang-undang kesalahan jenayah syariah negeri dapat disegerakan dengan mengambil kira pandangan pegawai penguatkuasa agama, pendakwa syarie dan hakim syarie. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan