Kerajaan Selangor Sedia Beri Tanah Untuk Bina Sekolah Menengah Agama

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedia memperuntukkan tanah untuk membina Sekolah Menengah Agama (SMA) di negeri itu bagi menampung peningkatan bilangan pelajar yang semakin bertambah setiap tahun, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata terdapat kira-kira 480 buah Sekolah Rendah Agama (SRA) di negeri itu berbanding hanya 23 SMA di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) di mana jumlah berkenaan tidak mampu menampung bilangan pelajar yang naik darjah ke SMA setiap tahun.

"Majoriti ibu bapa dan pelajar dari SRA akan memilih SMA untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat menengah kerana menawarkan aliran agama selain subjek wajib teras seperti di sekolah menengah biasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Islam Selangor di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata peruntukan bagi membina SMA adalah daripada Kerajaan Persekutuan dan di peringkat negeri bersedia menyediakan tapak dan tanah bagi tujuan berkenaan.

Beliau berkata kebanyakan ibu bapa sebelum ini memilih untuk menghantar anak mereka melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di beberapa sekolah persendirian di Kelantan dan Terengganu berikutan SMA di Selangor terhad.

"Kita juga meminta supaya kerajaan persekutuan memberikan peruntukan tambahan kepada SMA terutamanya bagi memastikan hal berkaitan pengurusan dapat dijalankan dengan lebih baik," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata beberapa kawasan dikenal pasti seperti di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Shah Alam bagi mendirikan Sekolah Menengah Teknik Islam seperti diumumkan sebelum ini.

Beliau berkata beberapa aspek akan diambil kira termasuk melihat kawasan sesuai dengan konsep sekolah berkenaan kerana ia memerlukan jalinan hubungan industri berkaitan.

"Kita kena kaji betul-betul mana kawasan paling sesuai kerana kita mahu ia berfungsi dan melahirkan pelajar yang memenuhi matlamat penubuhan sekolah berkenaan," katanya.

Abdul Khalid berkata Yayasan Pendidikan Islam Selangor akan ditubuhkan untuk menyalurkan dana sokongan kepada institusi pendidikan di negeri itu dalam pembangunan modal insan serta kemajuan ekonomi negeri dan negara.

"Melalui yayasan ini kita berharap dapat membantu institusi pendidikan terbabit yang sebelum ini hanya mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri dan JAIS," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan