'Jambatan Persahabatan' Pengukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELI: Jambatan Persahabatan sepanjang 120 meter merentangi Sungai Golok menghubungkan Bukit Bunga di sini dengan Ban Buketa di Narathiwat dilihat sebagai simbol kekukuhan hubungan diplomatik Malaysia-Thailand yang sudah terjalin sekian lama.

Jambatan berharga RM9.2 juta itu dibuka secara rasmi pada 21 Dis 2007 dengan dikenali sebelum ini sebagai Jambatan Muhibbah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan penamaan semula jambatan itu bersama Perdana Menteri Thai Abhisit Vejjajiva esok sempena lawatan kedua-dua pemimpin itu ke wilayah Selatan Thailand itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, yang juga Anggota Parlimen Jeli, berkata jambatan itu akan menambah lagi kemasukan pelancong sekaligus meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk sekitar.

Jeli juga merupakan kawasan persinggahan bagi penduduk Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis, kerana jajahan itu terletak di pertengahan laluan lebuh raya Timur-Barat yang menghubungkan Kelantan dan Perak.

Di sebelah Malaysia Jambatan Persahabatan itu dilengkapi Kompleks Imigresen Bukit Bunga, yang menempatkan Jabatan Imigresen, Kastam, Polis, Kesihatan, Perhutanan dan Jabatan Haiwan.BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan