Isu Ketuanan Melayu: Lagi NGO Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggelar dirinya Badan Bertindak Perpaduan Ummah hari ini membuat laporan polis terhadap Naib Presiden DAP, N.Kulasegaran yang didakwa mempersoalkan hak keistimewaan dan ketuanan Melayu.

Laporan dibuat oleh pengerusinya, Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf, 36, diiringi kira-kira 30 anggota pertubuhan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Dalam aduan berkenaan mereka meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap Kulasegaran berikutan kenyataannya itu.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Ahmad Mahayuddin berkata aduan dibuat berdasarkan kepada sebuah laporan akhbar hari ini yang memetik Kulasegaran sebagai berkata parti itu bertegas akan terus mempersoalkan ketuanan Melayu yang disifatkan tidak adil untuk bangsabangsa lain.

Kulasegaran dilaporkan sebagai berkata tindakan beliau membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat barubaru ini adalah kerana bimbang tentang masa depan hubungan antara kaum di negara ini.

Kulasegaran yang juga anggota Parlimen Ipoh Barat dilaporkan berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Timbalan Pengerusi badan itu, Ibrahim Sabri, 43, pula berkata pihaknya memberi tempoh dua minggu bermula hari ini kepada Kulasegaran untuk memohon maaf berhubung kenyataannya itu.

Ibrahim juga meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar menahan Kulasegaran mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mengeluarkan kenyataan itu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan