1,439 Hektar Tanaman Di Terengganu Musnah Akibat Banjir

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pertanian Terengganu menganggarkan seluas 1,439 hektar kawasan pertanian di negeri itu telah musnah dalam banjir baru-baru ini.

Pengarahnya Md Yusoff Maidin berkata ia melibatkan semua jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan padi dengan jumlah kerugian keseluruhan mencecah RM5 juta.

"Jumlah ini adalah anggaran kasar, nanti kita akan perhalusi lagi untuk memastikan jumlah sebenar kerugian yang dialami yang dijangka lebih banyak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Md Yusoff berkata kirakira 1,927 petani terjejas dalam bencana alam itu dan pihaknya telah mengedar borang-borang untuk mendapat maklumat lengkap mengenai kemusnahan tanaman yang dialami kepada petanipetani untuk diisi.

Beliau berkata petani-petani berkenaan akan dibantu apa yang perlu bagi membolehkan mereka mengusahakan tanaman masingmasing.

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu pula melaporkan kira-kira 1,883 ekor lembu dan ayam telah musnah dalam kejadian banjir kali ini, dengan anggaran kerugian mencecah RM 113,000.

Pengarah JPV negeri Dr Azizol Mohd Sharum berkata ternakan berkenaan adalah milik 32 penternak dari seluruh negeri.

Dr Azizol berkata laporan telah disediakan dan akan dihantar kepada Ibu Pejabat Veterinar di Putrajaya untuk tindakan selanjutnya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan