KP Pelajaran Sambut Baik Wajibkan Sukan Di Sekolah

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom menyambut baik saranan supaya dasar pendidikan kokurikulum di sekolah diubah dengan menjadikan sukan sebagai aktiviti wajib.

Katanya peranan guru tidak akan bertambah walaupun dasar berkenaan diperkenalkan.

"Peranan guru tidak akan bertambah walaupun aktiviti sukan akan diwajibkan di peringkat sekolah," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang mahu dasar berkenaan diwajibkan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum.

Menurut Alimuddin lagi, proses pembelajaran tidak akan terganggu walaupun aktiviti sukan diwajibkan dalam kokurikulum pelajar.

"Proses pembelajaran pelajar sekolah sama sekali tidak akan terganggu walaupun aktiviti sukan sudah menjadi kewajipan dalam kokurikulum pendidikan negara.

"Untuk melahirkan ahli sukan dan atlit yang bermula di bangku sekolah dan seterusnya bagi meningkatkan kemajuan sukan negara," katanya.

Tambah Alimuddin, pihak guru semestinya bijak mengatur jadual untuk aktiviti sukan di sekolah supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna.

Katanya, aktiviti sukan yang terdapat dalam silibus pendidikan sedia ada sememangnya berkesan untuk melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan