Kerjasama Produksi Antarabangsa Mampu Bawa Dokumentari Negara di Persada Dunia

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan beberapa produksi terkemuka antarabangsa mampu menjadi platform terbaik untuk membawa dokumentari Malaysia ke persada dunia.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, selain itu, perkongsian pintar Finas dengan "National Geographic" dalam menerbitkan dokumentari contohnya, memberikan faedah besar kepada negara dan rakyat dari segi pasaran serta pendedahan.

"Dengan cara ini, budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia dapat didedahkan kepada penonton dunia sekali gus membuka ruang kepada filemfilem lain untuk ke pasaran tersebut," katanya dalam ucapan beliau pada majlis pratonton filem dokumentari berjudul "Among the great Apes with Michelle Yeoh" di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Finas Mohd Mahyidin Mustakim.

Rais berkata, manfaat secara langsung juga boleh diterima oleh karyawan filem tempatan untuk menimba pengalaman produksi berkaitan piawaian pembikinan dokumentari bertaraf dunia.

"Di samping itu, hasil kerjasama ini juga mampu menjana peningkatan imej dan tahap profesionalisme di kalangan karyawan filem dari sudut amalan kerja, pengetahuan dan kemahiran," katanya.

Dokumentari sejam bertajuk "Among The Great Apes with Michelle Yeoh" yang merupakan hasil perkongsian National Geographic Channel dengan kementerian berkenaan akan disiarkan pada pukul 9 malam 9 Disember ini.

Program itu membawa Michelle ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan di Sepilok, Sabah, di sebuah pulau di Borneo, di mana beliau menyaksikan sendiri apa yang dilakukan bagi melindungi hidupan orang utan, dan menemui ramai penduduk tempatan yang rela berkorban apa sahaja demi melindungi orang utan daripada pupus.

Ia adalah produksi berdefinasi tinggi keempat terbitan National Geographic Channel di Malaysia, selaras dengan inisiatif globalnya untuk meniup inspirasi kepada orang ramai untuk melihat semula dunia yang didiami dan kebudayaan unik yang disanjungi menerusi program bertaraf dunia.

"Dokumentari 'Among The Great Apes with Michelle Yeoh' ini adalah kisah dramatik yang cukup bertenaga dihasilkan selaras dengan standard tinggi National Geographic, diterbitkan oleh Novista Productions yang akan mendidik penonton mengenai isuisu pemuliharaan yang turut membicarakan tentang perkaraperkara yang berkaitan ancaman terhadap hidupan orang liar di Malaysia dan Asia," kata Basil Chua, Pengarah Wilayah Malaysia, National Geographic Channel Asia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan