JAIS Tidak Halang Dr Asri Berdakwah Di Kelab Malam

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi tidak melarang bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk berdakwah di kelab malam.

Beliau berkata, JAIS tidak pernah menghalang mana-mana pendakwah untuk melakukan dakwah di Selangor selagi mereka tidak melanggar Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

"JAIS sentiasa menggalakkan sebarang aktiviti dakwah yang dilakukan di Selangor selagi ia berada di landasan yang betul.

"Ini bukan isu JAIS halang usaha Dr Asri untuk berdakwah di Selangor atau untuk ke kelab malam, jika beliau (Dr Asri) nak buat, terpulang," ujarnya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa JAIS menghalang usaha Dr Asri untuk berdakwah di pusat hiburan di Selangor.

Bagaimanapun Khusrin mempersoalkan mengapa Selangor menjadi pilihan Dr Asri sedangkan Wilayah Persekutuan turut mempunyai bilangan kelab malam yang lebih tinggi berbanding Selangor.

Dalam pada itu beliau enggan mengulas tentang gesaan Dr Mohd Asri berhubung penjelasan secara terperinci bentuk ceramah agama yang memerlukan tauliah di Selangor.

Katanya, JAIS telah beri banyak penjelasan sebelum ini berhubung perkara tersebut termasuk garis panduan yang disiarkan media.

"Saya tak mahu komen panjang tentang perkara ini, penjelasan dah diberikan dan saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan