ISWMI Anjur Seminar Ekonomi Malaysia-Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu seminar Ekonomi Malaysia-Indonesia 2009 anjuran Ikatan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWMI) akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) esok.

Bertemakan "Merangka kerjasama ekonomi Malaysia-Indonesia menghadapi krisis global peluang dan cabaran dari perspektif media dan perniagaan", seminar tersebut bertujuan membangunkan hubungan komunikasi yang baik antara wartawan dan komuniti bisnes Malaysia-Indonesia bagi membolehkan mereka mengemaskini pemahaman masing-masing tentang perkembangan semasa khususnya berkait dengan isu-isu ekonomi, peluang dan cabaran masa depan perniagaan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, seminar tersebut yang mendapat sokongan kerajaan Malaysia dan Kedutaan Republik Indonesia di Kuala Lumpur akan dirasmikan oleh Menteri Kewangan ke-2, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah.

Usaha ISWMI ini juga selari dengan hasrat yang disuarakan oleh Perdana Menteri,, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak dan Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono untuk melihat jalinan hubungan kerjasama yang intim di antara media di Kuala Lumpur dan Jakarta di pelbagai peringkat organisasi, editorial dan juga soal peribadi di kalangan para wartawan itu sendiri.

Antara kegiatan yang dirancang sepanjang 2010 bagi menjayakan matlamat ISWMI adalah kunjungan kerap di kalangan para peneraju media dan juga para wartawan; penganjuran seminar, kursus, bengkel dan dialog dari masa ke masa dan program pertukaran wartawan.

Menurut kenyataan itu lagi, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucapan utama khas bertajuk peluang dan cabaran hubungan dua hala Malaysia-Indonesia dari perspektif ekonomi, politik dan sosial.

Selain itu, seminar tesebut juga akan dihadiri tokoh-tokoh bisnes dan media kedua-dua buah negara termasuk Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank Berhad, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Ketua Pengarang Kumpulan Star, Datuk Seri Wong Chun Wai, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaffar, Ketua Pengarang Berita Publishing, Datuk A. Kadir Jasin.

Manakala Indonesia pula diwakili oleh Ketua Eksekutif Antara News, Ahmad Mukhlis Yusuf dan Ketua Persatuan Wartawan Indonesia (PWI), Tarman Azam.

Pengarah Eksekutif Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A. Talib, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) dan Datuk Chamil Wariya akan bertindak sebagai moderator seminar.

Selain 250 orang ahli perniagaan serta usahawan yang dijangka menghadiri seminar sehari tersebut juga akan dihadiri tetamu khas ISWMI seramai 15 orang pengarang kanan media utama Indonesia.

Sebilangan pengarang dan wartawan bisnes Malaysia juga diundang khas bagi menyertai seminar tersebut.

ISWMI adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 2007 atas daya usaha sebilangan wartawan yang prihatin untuk membina jaringan strategik di kalangan organisasi dan pengamal media Malaysia dengan negara jiran, Indonesia.

Di Indonesia juga, terdapat pertubuhan ikatan yang sama iaitu Persatuan Wartawan Indonesia (PWI).

Sementara itu, 15 orang pengarang kanan Indonesia yang akan menjadi tetamu ISWMI selama empat hari di Kuala Lumpur akan diraikan pada satu majlis makan malam anjuran Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim pada malam seminar tersebut.

Rombongan itu juga akan melakukan kunjungan hormat dan menyerahkan usul Seminar Ekonomi Malaysia-Indonesia 2009 kepada Dr. Rais.

Pada sebelah malamnya, para pengarang Indonesia itu akan diraikan oleh ISWMI di sebuah pusat peranginan Bukit Tinggi, Pahang, tidak jauh dari Kuala Lumpur sebelum berangkat pulang pada 10 Disember 2009.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan