13 Anggota CC MCA Sedia Letak Jawatan

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 13 Ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA, termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan kesediaan mereka meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada pemilihan baru parti.

Sehubungan itu Dr Chua berharap tujuh lagi anggota CC akan mengambil langkah yang sama bagi memenuhi syarat mengadakan pemilihan baru yang memerlukan 20 daripada 30 anggota CC MCA letak jawatan.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Khas MCA di Wisma MCA di sini hari ini, Dr Chua berkata, tempoh 24 hari sehingga hujung bulan diberikan kepada ahli yang lain untuk meletakkan jawatan bagi membolehkan pemilihan parti dibuat.

"Pihak kami akan menyediakan surat rasmi perletakan jawatan bagi memudahkan ahli yang ingin berbuat demikian. Borang boleh diserahkan kepada Setiausaha Agung untuk diproses," katanya.

Ditanya mengenai anggota-anggota CC lain yang telah meletak jawatan, Dr Chua berkata, "Biarlah mereka sendiri yang umumkan."

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai kemungkinan pemilihan baru parti yang disebut-sebut akan diadakan pada Januari.

"Jika cukup ahli letak jawatan, boleh jadi buat pada Januari. Kita tunggu dan lihat sahaja. Masih terlalu awal untuk diperkatakan," katanya kepada media.

Menurut Dr Chua, terdapat beberapa isu lain yang harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum pemilihan parti dibuat.

"Itu adalah antara tujuan utama mesyuarat Jawatankuasa Khas diadakan hari ini.

"Jawatankuasa hari ini telah berbincang dan mengkaji mengenai isu teknikal yang harus ditangani supaya keputusan yang dibuat selaras dengan Perlembagaan MCA," ulasnya.

Mengulas kemungkinan Pemuda dan Wanita MCA turut mengadakan pemilihan, Dr Chua menjelaskan, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dan akan diperhalusi.

Naib Presiden MCA itu berharap keputusan yang bakal dibuat selepas ini akan membuka ruang untuk MCA kembali bersatu.

Beliau turut gembira dengan suasana yang baik dalam parti politik itu ketika ini dan berharap ia dapat diteruskan demi kebaikan parti.

Tiong Lai Senada Dengan Dr Chua

Sementara itu, Liow optimis masalah dalaman MCA dapat diselesaikan secepat mungkin dan berharap pihak media tidak membuat sebarang spekulasi negatif mengenai MCA yang akan memburukkan lagi keadaan.

"Harap semua dapat bersabar, jangan buat spekulasi kerana ia akan menjejaskan proses pemulihan parti," katanya.

Liow yang ditemui media sejurus selepas sidang media Dr Chua menegaskan, tiada sebarang tekanan dibuat ke atas ahli lain yang belum meletakkan jawatan.

"Ini bukan paksaan," katanya ringkas.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan