Pengunduran Ahmad Said Beri Peluang SPRM Pertingkatkan Prestasinya

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengunduran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang memendekkan tempoh perkhidmatannya kepada akhir tahun ini, merupakan satu tindakan terhormat, wajar dihormati dan akan membuka peluang kepada agensi itu untuk mempertingkatkan prestasinya.

Beberapa pemimpin parti politik yang dihubungi mStar online menganggap pengunduran beliau daripada badan tersebut dan digantikan dengan Datuk Abu Kassim Mohammed bermula 1 Januari 2010 akan memberi peluang kepada pengantinya untuk melakukan perubahan ke atas agensi tersebut.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemendekan jawatan Ahmad Said adalah tindakan yang tepat kerana dibawah pimpinannya, SPRM seolah-olah menjadi sebuah badan yang telah hilang integriti.

"Sepanjang beliau mengambil alih SPRM indek rasuah menunjukkan kegagalan SPRM dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai badan yang dipertanggungjawabkan mencegah rasuah.

"SPRM juga gagal menyelesaikan kes-kes berprofail tinggi seperti isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sehingga menjadi perhatian seluruh dunia, katanya lagi.

Mahfuz menambah, beliau tidak meletakkan harapan yang besar kepada Datuk Abu Kasim namun berharap SPRM akan dapat diberi nafas baru bagi mengembalikan kepercayaan rakyat dan juga masyarakat antarabangsa.

"Saya cadangkan agar pemulihan SPRM dilakukan dengan meletakkannya dibawah satu jawatankuasa khas parlimen bagi memberi kebebasan integriti.

"Selain itu, SPRM perlu bebas daripada kehendak politik dan memainkan peranan dengan adil dan saksama," katanya lagi.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayob, pula berkata, sepanjang perkhidmatannya, SPRM tidak dapat meyakinkan sikap ketelusan mereka dalam mengendalikan kes rasuah yang berprofail tinggi.

"Dari segi prestasi SPRM sepanjang perkhidmatan Ahmad Said adalah cukup tercemar, melalui kes Teoh Beng Hock, kes salah guna wang kerajaan di Perak dan kes persoalan lembu oleh Menteri Besar Selangor, SPRM terlalu mengikut rentak politik kerajaan dalam menjalankan tanggungjawabnya dan imej ini yang masih wujud dalam pemikiran rakyat," ujarnya.

Menurut beliau, cabaran baru kini terletak di bahu Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru untuk meyakinkan rakyat bahawa SPRM adalah sebuah badan yang bebas dan bertindak tanpa memilih bulu.

"Apa yang lebih penting sekarang ialah untuk Abu Kassim membaiki imej badan tersebut agar menjadi lebih profesional," katanya.

Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago berpendapat pengunduran Ahmad Said lebih awal adalah berkaitan dengan beberapa kontroversi yang tercetus sepanjang pimpinannya.

"Persepsi masyarakat sendiri terhadap SPRM sebagai sebuah badan pencegah rasuah telah lama hilang melalui kes-kes yang dikendalikan.

"Selagi mereka menyokong Barisan Nasional, selagi itu SPRM dilihat sebagai institusi yang tidak bebas," katanya.

Beliau berharap bakal Ketua Pesuruhjaya yang baru akan merancang strategi baru agar SPRM dapat memainkan peranan dengan lebih telus dan adil kepada semua lapisan masyarakat.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berpendapat, pengunduran awal Ahmad Said adalah merupakan pilihannya sendiri atas sebab-sebab peribadi sebagaimana yang telah beliau nyatakan.

"Beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa pemendekan perkhidmatannya adalah disebabkan hal keluarga dan bukan kerana isu-isu berkaitan prestasi SPRM.

"Pembangkang tidak seharusnya melemparkan tuduhan yang melulu dan membesarkan berita yang tidak benar untuk tujuan politik," ujarnya.

Walau bagaimanapun beliau berharap agar kepimpinan baru SPRM dapat meneruskan usaha dan peranan SPRM dalam membanteras jenayah rasuah secara habis-habisan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan