MCA Perlu Ambil Kira Kepentingan BN

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pemimpin MCA mengambil kira kepentingan Barisan Nasional (BN) dalam menyelesaikan kemelut yang melanda parti itu yang sehingga kini masih berlarutan.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau tidak mahu menekan mana-mana pihak dalam MCA dengan memberikan sebarang tarikh akhir untuk parti itu mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) namun berharap ia dapat direalisasikan tidak lama lagi.

"Ada pihak nak cepat, ada pihak nak lambat. Kita cuba nak cari kompromi dari segi masa supaya transisi dapat diselesaikan dan kita boleh bergerak ke hadapan dengan barisan yang lebih kukuh dan mantap lagi.

"Persoalan sekarang adalah masa, bila nak buat AGM. Masa itu sedang dirunding oleh beberapa pemimpin MCA, saya harap kompromi dari segi masa itu dapat diputuskan dalam sedikit masa lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perdana Menteri diminta mengulas kemelut dalaman yang melanda MCA hampir tiga bulan lalu, yang kini masih belum menampakkan tandatanda akan selesai dalam masa terdekat walaupun pemimpin terlibat kini bersetuju untuk mengadakan pemilihan semula parti.

Hasil mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) MCA parti itu akhir bulan lalu, pemimpin bertelagah dalam MCA kini dilihat berada dalam 'tempoh bertenang' namun masih belum ada sebarang persetujuan berhubung tarikh AGM akan diadakan.

Najib sebelum itu menyampaikan bantuan wang ehsan banjir kepada 363 mangsa banjir dari 10 pusat pemindahan dari daerah Kuala Terengganu di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, di sini, hari ini.

Kesemua mangsa banjir berkenaan menerima pendahuluan bantuan sebanyak RM300 bagi sekeluarga untuk meringankan beban mereka manakala jumlah selebihnya akan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Daerah yang akan dibayar kemudian. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan