Banjir Di Terengganu Makin Reda - Berita Semasa | mStar

Banjir Di Terengganu Makin Reda

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di seluruh Terengganu secara keseluruhannya semakin reda dengan jumlah mangsa berada di pusat pemindahan berkurangan kepada 829 orang pagi ini berbanding 1,077 malam tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata keadaan di Hulu Terengganu dan Marang baik dengan jumlah mangsa kini 14 dan 21 orang.

Beliau berkata Kemaman yang paling teruk dilanda banjir gelombang ketiga menunjukkan keadaan semakin reda dengan jumlah mangsa masih berada di pusat pemindahan kini 475 orang.

Jumlah mangsa di pusat pemindahan di Kuala Terengganu dan Dungun berkurangan iaitu masingmasing 190 dan 120 orang, katanya kepada Bernama hari ini.

Semua jalan utama termasuk Jalan Kuala Terengganu/Kuantan dan Jalan Kuala Terengganu/Kota Baharu boleh dilalui semua kenderaan tetapi terdapat beberapa jalan negeri ditutup iaitu Hulu Terengganu (tiga), Dungun (dua) dan Kemaman (dua).

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPs) negeri melaporkan paras air sungai di sungai utama di Terengganu berada di bawah paras biasa pagi ini. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan