Seorang Pekerja Terbunuh, Seorang Parah Akibat Letupan Di Kilang

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Seorang pekerja sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit di sini terbunuh dan seorang lagi cedera parah selepas mesin pendandang di kilang itu meletup malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Ali Bin Talib, 37, yang mati di tempat kejadian, manakala rakan setugasnya Sharizah Ahde, lelaki berusia lingkungan 20-an melecur teruk dan kini menerima di Unit Rawatan Rapi di Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata dua jentera bersama 10 anggota bomba dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.12 malam.

Punca letupan itu belum dapat dikenal pasti dan hari ini anggota bomba pergi ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

Sementara itu, seorang pekerja di kilang itu yang enggannya namanya dikenali berkata kesan letupan itu terlalu kuat dan dia yang berada kira-kira 300 meter dari mesin pendandang itu dapat merasai kesannya. Katanya dua rakan setugasnya itu bertanggungjawab menjaga mesin pendandang itu, manakala dia dan beberapa lagi pekerja lain di bahagian lain.

"Kejadian berlaku terlalu pantas dan selepas letupan itu berlaku, bekalan elektrik terputus dan seluruh kawasan kilang dalam keadaan gelap," katanya ketika ditemui di Hospital Duchess of Kent di sini malam tadi.

Beliau berkata selepas letupan berlaku, pekerja lain berjaya menemui Mohd Ali dan Sharizah yang mengalami kecederaan teruk sebelum dibawa keluar dari tempat kejadian oleh anggota bomba dan penyelemat.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Ali Bin Talib, 37, yang mati di tempat kejadian, manakala rakan setugasnya Sharizah Ahde, lelaki berusia lingkungan 20-an melecur teruk dan kini menerima di Unit Rawatan Rapi di Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata dua jentera bersama 10 anggota bomba dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.12 malam.

Punca letupan itu belum dapat dikenal pasti dan hari ini anggota bomba pergi ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

Sementara itu, seorang pekerja di kilang itu yang enggannya namanya dikenali berkata kesan letupan itu terlalu kuat dan dia yang berada kirakira 300 meter dari mesin pendandang itu dapat merasai kesannya. Katanya dua rakan setugasnya itu bertanggungjawab menjaga mesin pendandang itu, manakala dia dan beberapa lagi pekerja lain di bahagian lain.

"Kejadian berlaku terlalu pantas dan selepas letupan itu berlaku, bekalan elektrik terputus dan seluruh kawasan kilang dalam keadaan gelap," katanya ketika ditemui di Hospital Duchess of Kent di sini malam tadi.

Beliau berkata selepas letupan berlaku, pekerja lain berjaya menemui Mohd Ali dan Sharizah yang mengalami kecederaan teruk sebelum dibawa keluar dari tempat kejadian oleh anggota bomba dan penyelemat. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan