ROS Lulus Pindaan Perlembagaan Baru Umno

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROs) telah meluluskan pindaan perlembagaan Umno yang baru dan pindaan itu berkuat kuasa 10 November lepas, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Najib berkata Umno juga telah mengambil tindakan untuk menentukan satu kaedah pemutihan anggota supaya senarai keanggotaannya merupakan senarai yang terkini.

"Berdasarkan perlembagaan Umno yang baru kita tak perlu kutip yuran tahunan, oleh itu amat penting bagi kita menentukan kesahihan senarai anggota Umno ini.

"Ibu pejabat Umno akan berhubung dengan semua bahagian untuk menerangkan kaedah pemutihan yang akan dijalankan oleh Umno," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini malam ini.

Mesyuarat selama tiga jam bermula pukul 9 malam itu juga meluluskan program-program bertemakan 'Umno Juara Rakyat' yang akan dijalankan secara berterusan bermula Januari tahun depan.

"Walaupun kita sebut 'Umno Juara Rakyat' tapi kita akan mengajak bersama partiparti komponen Barisan Nasional (BN) untuk bersama-sama dengan Umno di peringkat bahagian melaksanakan pelbagai program yang menepati konsep ini.

"Program ini meliputi pelbagai jenis aktiviti antaranya dalam bidang pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawanan, ekonomi, sosial dan badan bukan kerajaan serta beberapa lagi jenis program yang telah pun kita tentukan yang mana garis panduannya telah pun diluluskan oleh MT," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan