PM Sahkan Sulaiman Nyatakan Hasrat Lepas Jawatan

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib telah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatannya.

"Dia telah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai timbalan menteri tetapi saya belum berunding dengan pengerusi Barisan Nasional Sarawak," kata Najib yang juga Presiden Umno pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, malam tadi.

Najib berkata Sulaiman menyebut masalah peribadi sebagai sebab utama beliau membuat keputusan untuk meninggalkan pentadbiran persekutuan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas bila Sulaiman menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang menyatakan bahawa Sulaiman telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada beliau bulan lepas.

Dalam isu berbeza, Najib berkata beliau tidak pasti mengenai penglibatan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai kaukus mengenai royalti minyak Kelantan kerana perkara itu belum disahkan.

Najib berkata kerajaan juga tidak berhasrat mengambil alih soal penubuhan kaukus mengenai royalti minyak Kelantan yang kini diusahakan oleh pembangkang.

"Nak take over macam mana... kerajaan telah pun membuat pendirian berhubung perkara itu," katanya.

Mengenai isu anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Siputeh, Kedah, Datuk Abu Hasan Sarif, Najib berkata Umno akan menunggu keputusan mahkamah sebelum mengambil apaapa tindakan.

"Bersalah atau tidak bersalah mahkamah yang akan tentukan... sekarang proses mahkamah masih belum selesai," katanya.

Kerusi Kota Siputeh disandang Abu Hassan daripada Barisan Nasional (BN) sebelum diisytiharkan kosong 16 Nov lepas oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan kegagalan beliau menghadiri dua persidangan dewan itu secara berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.

Bagaimanapun Abu Hassan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, melalui peguamnya Datuk Mohd Hafarizam Harun dan kini menunggu keputusan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan