Hujan Lebat Di Pahang Berterusan Sehingga Malam Sabtu - Berita Semasa | mStar

Hujan Lebat Di Pahang Berterusan Sehingga Malam Sabtu

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meterologi Malaysia pada Sabtu mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di Pahang yang dijangka berterusan sehingga malam Sabtu.

Hujan sekejap-sekejap yang kadang kala lebat dari semasa ke semasa itu diramal berlaku di Kuantan, Pekan, Maran, Bera, dan Rompin.

Menurut kenyataan jabatan itu, hujan lebat berkenaan boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai.

Jabatan Metereologi Malaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, di mana angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 sehingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, diramal berlaku di perairan Condore dan Samui di Kelantan dan Terengganu sehingga Ahad.

Kawasan pantai di Kelantan dan Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan