Fatine Perlu Berani Hadapi Kesan Tindakannya - Jakim

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari atau Fatine tidak perlu menyalahkan pihak lain dan takut untuk berhadapan dengan sebarang implikasi jika pulang ke tanah air.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz berkata, Fatine perlu berani menghadapi kenyataan dengan tindakan nekadnya menikahi kaum sejenis di United Kingdom (UK) pada Mei lalu.

"(Fatine)Tak boleh salahkan mana-mana pihak, dan dia tak perlu takut dengan sesiapa, dia dah berani buat perubahan pada dirinya, dia kena berani hadapi kesannya sekarang," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian sebagi mengulas mengenai kenyataan Fatine yang takut untuk pulang ke Malaysia kerana menerima pelbagai reaksi mengenai tindakannya itu termasuk pihak imigresen atas kesalahan tinggal lebih masa di negara lain.

Wan Muhammad berkata, Jakim sedia memberikan sebarang pertolongan kepada Fatine termasuk memberikan bimbingan untuk memperbetulkan akidahnya.

"Kita sedia memberikan kaunseling ataupun bimbingan dari segi akidah kepadanya, perkara-perkara sebegini jabatan agama Islam negeri juga boleh uruskan.

"Saya difahamkan Fatine berasal dari Selangor, jadi Jakim boleh bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk bantu mana yang perlu.

"Tapi bagaimanapun Fatine perlu pulang ke Malaysia dahulu dan beliau sendiri perlu sedia untuk berubah atas tindakannya," katanya.

Ditanya sama ada Jakim akan membantu membawa pulang Fatine, Wan Muhammad berkata: "Dia pandai pergi, pandailah dia pulang."

Fatine, 36, seorang jurusolek artis kini menghadapi tindakan dihantar pulang ke negara ini selepas tinggal melebihi tempoh visa di UK.

Berhubung tindakan Fatine menikahi kaum sejenis, Wan Muhammad berkata perkara tersebut sememangnya tidak dibenarkan dalam Islam.

"Memang tak boleh dalam Islam, malah komuniti-komuniti lain juga tidak membenarkannya," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan