Usul Desak Kerajaan Pusat Bubar Kursus BTN Ditolak

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini menolak usul yang dikemukakan penyokong kerajaan untuk mendesak kerajaan pusat membubarkan kursus Biro Tata Negara (BTN) dan menyemak semula kursus di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).

Ong Chin Wen (PKR-Bukit Tengah) mencadangkan usul tersebut supaya kerajaan pusat membubarkan kursus BTN.

Beliau turut mencadangkan kerajaan negeri supaya berhenti menghantar kakitangan kerajaan negeri menhadiri kursus tersebut tetapi ditolak Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain.

Abdul Halim berkata perkara tersebut tidak perlu disegerakan kerana tidak termasuk dalam atur cara mesyuarat kali ini.

"Walaupun perkara tersebut berkaitan dengan kepentingan umum tetapi ia tidak perlu disegerakan kerana kabinet telah berjanji untuk mengkaji semula inti pati kursus tersebut," katanya.

Sim Tze Tzin (PKR-Pantai Jerejak) yang merayu agar usul itu dibahas turut ditolak. Rabu lalu kerajaan Pulau Pinang telah melarang semua kakitangannya mengikuti kursus BTN berkuat kuasa serta-merta.

Minggu lepas, kerajaan Selangor telah mengharamkan kakitangannya dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milik penuh kerajaan negeri itu mengikuti kursus atau program dikendalikan BTN berkuat kuasa serta-merta. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan