Tindakan Pantas Ibu Selamatkan Anak Cacat Daripada Kebakaran

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALING:Seorang wanita bertindak pantas dengan menyelamatkan anak perempuannya yang cacat apabila menyedari rumah mereka sedang dijilat api di Kampung Terbak, Mukim Tiong di sini, tengah hari tadi.

Salmiah Ahmad,54, berkata ketika kejadian dia sedang memasak dan terus berlari menyelamatkan anaknya, Suhaili Johari,24, yang tidak dapat berjalan sejak kecil, yang ketika itui berada di bahagian tengah rumah.

Seorang jiran Salmiah yang kebetulan lalu di hadapan rumahnya turut membantu membawa anaknya keluar dari rumah.

Api yang marak terlalu cepat menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan barang-barang lain.

Suaminya, Johari Mat, 56, berkata ketika kejadian beliau berada di masjid kerana menunaikan solat Jumaat bersama anaknya Mohd Shaiful, 18, dan tidak menyangka bunyi kereta bomba yang melalui kawasan itu adalah untuk memadam kebakaran di rumahnya.

"Namun saya bersyukur kerana anak dan isteri selamat,"katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Abdul Kudus Abdul Malik berkata enam anggotanya menghadapi kesukaran untuk ke tempat kejadian kerana jalan masuk ke kampung itu sempit dan mereka terpaksa menggunakan air sungai untuk memadam api.

Katanya punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan