PM Mahu Sektor Pembinaan TempatanTembusi Pasaran Global

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penggiat industri pembinaan di negara ini harus berupaya mencipta peluang dan pasaran baru di luar negara.

Beliau berkata penggiat industri dan perkhidmatan di Malaysia mesti mampu bersaing sebagai pemain global kerana hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 akan terhasil sekiranya mereka mempunyai daya saing yang kompetitif di pentas dunia.

"Dalam mengharungi cabaran domestik dan cabaran arus pasaran global para penggiat industri pembinaan perlu menangani kekangan dan cabaran strategi dan operasi semasa. Pendekatan bersifat holistik bagi meraih impak positif dalam rantaian industri perlu dipertingkatkan.

"Pertandingan kemahiran seperti ini boleh memupuk cara berfikir berkualiti dan inovatif yang sangat perlu untuk menerokai arah tuju masa hadapan yang lebih baik kepada sektor industri dan ekonomi negara kita. Kata pujangga, 'Minds are like parachutes they only function when open' (minda umpama payung terjun, ia hanya berfungsi apabila dibuka)," katanya pada majlis penyampaian hadiah dan anugerah Tangan Emas Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) ke18, 2009, di sini, malam ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor. Perdana Menteri berkata walaupun suasana dan kancah ekonomi global masih tidak menentu, tetapi sektor pembinaan merupakan antara sektor yang dijangka melakar pertumbuhan positif dengan anggaran pertumbuhan sebanyak 3.2 peratus tahun hadapan. "Walaupun sumbangan industri pembinaan kepada ekonomi negara masih di bawah paras lima peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun begitu sektor ini bertindak sebagai enabler kepada sektorsektor lain seperti sektor pembuatan dan kewangan yang secara langsungnya turut menyumbang kepada kekuatan ekonomi negara keseluruhannya", katanya.

Najib berkata sejajar model ekonomi baru yang menekankan pendekatan berasaskan kreativiti dan inovasi, industri pembinaan disaran menerapkan kaedah 'kos kitaran hayat' yang berupaya memacu peningkatan kualiti dengan mengambil kira kesan kos projek secara komprehensif.

"Selama ini pengukuran pencapaian dan prestasi kita hanya berdasarkan kepada produktiviti sematamata. Dalam suasana persekitaran yang berubah, elemenelemen baru yang berasaskan kreativiti dan inovasi seperti yang saya sebutkan tadi perlu dijadikan budaya dan amalan," katanya.

Najib berkata budaya itu patut diterapkan kepada pelatih-pelatih di pusat-pusat latihan kemahiran, manakala proses pembelajaran dan pendedahan berterusan kepada kaedah dan teknologi baru di pusat-pusat latihan amat penting bagi memastikan pelatih-pelatih yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak industri dan pasaran.

"Kita tidak boleh sekali-kali terperangkap dengan sikap dogmatik mahupun nostalgik dalam menilai sesuatu pendekatan, ini kerana apa yang berkesan atau relevan hari ini tidak semestinya masih berkesan atau relevan di masa depan. "Janganlah cepat berpuas hati terhadap apa yang dicapai, untuk terus berjaya kita mesti sentiasa berusaha untuk berada di hadapan keluk perubahan bukan mengekorinya," katanya.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, dengan keupayaan menghasilkan kira-kira 22,000 lepasan pelatih dari pelbagai institusi latihan vokasional tajaan kerajaan setiap tahun, Malaysia mempunyai kapasiti modal insan berkemahiran yang mencukupi untuk memenuhi visi dan misi nasional.

Bagaimanapun katanya, hala tuju pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia perlu disesuaikan dengan perubahan semasa dan lebih banyak kolaborasi dalam bentuk latihan dan kemahiran diharap dapat diwujudkan antara pihak swasta dan Kerajaan bagi memastikan Malaysia lebih berdaya saing. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan