Kumpulan Pertama Jemaah Selamat Pulang

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kumpulan pertama 450 jemaah haji selamat tiba di KLIA pada 12.40 tengah malam tadi, lewat empat jam daripada jadual.

Penerbangan mereka lewat disebabkan kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah.

Pengurus Besar Hal Ehwal Awam Tabung Haji, Abdul Rashid Hussein, berkata penerbangan kedua pula tiba pada pukul 5.15 pagi tadi dan diikuti penerbangan ketiga pada 10 pagi.

"Penerbangan terakhir yang membawa pulang jemaah haji Malaysia dijangka berlepas dari Jeddah pada 2 Jan," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji itu.

Abdul Rashid berkata sehingga malam tadi, seramai 29 jemaah haji Malaysia telah meninggal dunia di Mekah kebanyakannya kerana uzur.

Beliau berkata secara keseluruhannya, perjalanan haji pada tahun ini berjalan lancar dan maklumat balas awal daripada jemaah haji, rata-rata mereka berpuas hati dengan pengurusan dan persiapan yang disediakan.

Seorang jemaah, Khatipah Ismail, 56, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, menyifatkan kejadian hujan lebat dan angin kencang ketika berada di Arafah sebagai satu dugaan.

Kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri itu berkata berikutan kejadian itu, jemaah terpaksa tidur di atas permaidani yang basah tetapi menganggapnya sebagai pengalaman baru dan manis sejajar dengan semangat ibadah haji yang merupakan satu pengorbanan.

Norazam Nayan, 43, seorang guru dari Seremban, berkata kejadian di Arafah itu ada satu pengajaran kepada jemaah tentang erti kesabaran dalam menunaikan rukun Islam yang kelima itu.

"Inilah nikmat yang Allah berikan," katanya.

Norazam, yang menunaikan haji buat pertama kali bersama isteri, Latifah Abdul Gafar, 40, berkata beliau berpuas hati dengan perkhidmatan Tabung Haji sepanjang menunaikan ibadah haji.

Afianty Rezeki Basri, 35, suri rumahtangga dari Gombak, pula menasihatkan mereka yang ingin mengerjakan haji agar melakukannya ketika umur masih muda dan masih mempunyai kekuatan untuk melaksanakannya.

Beliau yang melakukan ibadah itu buat kali kedua berkata ini kerana pengalamannya kali ini agak mencabar disebabkan bilangan jemaah musim ini lebih ramai.

Afianty, yang mempunyai empat orang anak, turut melahirkan rasa syukur kerana ketika berada di Mekah, beliau mendapat tahu dirinya mengandung anak yang kelima. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan