KPDNKK Rampas Rokok Seludup

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERI MANJUNG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Daerah Manjung/Perak Tengah berjaya merampas sebanyak 743 kotak rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM3,000 yang disyaki diseludup dari negara jiran.

Ketua Cawangan KPDNKK Daerah Manjung/Perak Tengah, Megat Zulkifli Megat Abd Halim berkata, rampasan berkenaan dibuat di lapan buah premis sekitar Ayer Tawar, Beruas dan Setiawan.

"Rokok pelbagai jenama tersebut itu juga didapati dijual pada harga yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan rokok biasa di pasaran iaitu sekitar RM3 hingga RM4 untuk 20 batang.

"Rokok-rokok tersebut juga didapati tidak tertera alamat pengilang, pengimport, pengeluar, serta penjual borong," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu menurut beliau, peniaga-peniaga yang terbabit akan didakwa di bawah Akta Kawalan Harga 1946 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM15,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pejabat KPDNKK menasihati peniaga serta orang ramai supaya tidak menjual atau membeli rokok yang diseludup.

Tegas Megat Zulkifli lagi, KPDNKK akan terus melakukan pemantauan bagi membanteras pengedaran rokok-rokok berkenaan dipasaran.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan